Segalanya bermula apabila Fadhli memenuhi permintaan salah seorang peminatnya untuk bergambar bersama beberapa tahun lepas. Pemain pertahanan kebangsaan, Mohamad Fadhli Mohd Shas, 22, telahpun bertunang dengan peminatnya, Effa Liyana Afandi, 25, yang juga merupakan anak kepada Naik Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM), Datuk Afandi Hamzah.
Majlis pertunangan itu dilangsungkan di kediaman Afandi di Kampung Pengkalan Nangka, Jalan Pengkalan Chepa.
Menurut Fadhli, dia mengenali Effa selepas tamat sebuah perlawanan ketika mewakili pasukan Harimau Muda A di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Pemain berusia 22 tahun berasal dari Johor Bahru itu mengakui selepas bergambar bersama masing-masing ingin mengenali satu sama lain.
Sumber : myMetro