Pelakon Juvana, Sharnaaz Ahmad nekad untuk memutuskan hubungannya dengan Shila Amzah. Beliau juga nekad untuk melupakan terus kisah cintanya dengan penyanyi itu.
Sharnaaz nekad membuat keputusan itu kerana rasa hormatnya pada bapa bekas kekasihnya sudah semakin hilang. Menurut beliau, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya sekarang bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.
Bagi Sharnaaz, sikap ND Lala seolah-olah menunjukkan beliau terlalu ego dan lansung tidak memberi ruang untuk Shila membuat keputusan dalam menentukan masa depannya sendiri. Hubungan Sharnaaz denga Shila menjadi retak selepas ND Lala dikatakan tidak bersetuju dan merestui hubungan mereka.
Sementara itu, Shila ada tweet tentang perkara ini dan jelas menunjukkan beliau sangatlah kecewa dengan tindakan bekas kekasihnya itu. Peminat setia Shila sentiasa dan tidak putus memberikan sokongan dan nasihat positif kepada beliau.
Walau bagaimanapun, kami berharap kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik memandangkan masing-masing pun sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan. Tidak kira tua ataupun muda, kita kena sentiasa ada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain.