Penyanyi hip hop, Chris Brown, 23, lagi sekali ditimpa malang apabila terlibat dengan kemalangan serius sehingga menyebabkan Porshe miliknya remuk di Beverly Hills, California, Sabtu lepas.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 12.03 tengah hari. Beliau dipercayai hilang kawalan semasa mengelak daripada paparazi yang mengekorinya. Walau bagaimanapun, Brown sangat bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan walaupun keretanya itu rosak teruk di bahagian depan.
Menurut sumber, Brown sendirian dan dalam perjalanan untuk menghadiri ke sebuah acara amal Symphonic Love Foundation di Debbie Allen Dance Academy dan secara tiba-tiba keretanya telah dipotong oleh kenderaan lain.
Insiden secara mengejut itu dan memaksanya memberhentikan kenderaan. Paparazi itu kemudian keluar secara agresif dalan usaha untuk mengambil gambar penyanyi berkulit gelap itu. Brown terkejut dengan kehadiran paparazi tersebut dan melarikan diri dengan memecut keretanya melalui lorong sehingga merempuh dinding.
Sumber : TZM