Tindakan Aliif Aziz memuat naik gambarnya bersama Adira di Instagram dengan menunjukkan couple ring membuatkan semua orang tertanya-tanya adakah Adira pengganti Anne Ngasri?
Walau bagaimanapun, Aliff menafikannya dan memberitahu bahawa dia dan Adira bukanlah seperti yang semua orang fikirkan. Mereka hanyalah teman rapat dan tak lebih dari itu. Menurutnya lagi, Adira merupakan kawan perempuan yang paling rapat dan banyak membantunya sewaktu dilanda kemurungan selepas hubungannya dengan Anne Ngasri retak.
“Gambar yang saya upload di Instagram bukanlah gambar yang tertulis I Love You , jauh sekali nak menunjuk-nunjuk. Saya sedar tindakan saya akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan saya mohon semua harapkan yang terbaik sahaja untuk saya. Saya tidak nafikan Adira merupakan teman rapat yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat semasa saya berpisah dengan Anne”, jelas Aliff
Mula-mula memanglah teman rapat, tapi lama-kelamaan? Haa tapi kalau betul pun apa salahnya kan. Masing-masing pun belum berpunya!
Sumber : Kosmo