AirAsia sekali lagi menawarkan 10,000 tempat duduk percuma ke destinasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi perjalanan 1 hingga 30 April 2013.
Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Tempahan tempat duduk percuma itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan pemegang MyKad selama 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari.
Tawaran 10,000 tempat duduk percuma ini telah pun ditweet di akaun Twitter AirAsia sendiri.
Walau bagaimanapun, cukai lapangan terbang tetap akan dikenakan, cuma tambang dan surcaj bahan api diketepikan. Peruntukan bagasi, makanan dalam semasa penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tawaran tambang murah ini.