Oscar Pistorius,26 tahun, yang juga dikenali sebagai ‘Blade Runner’ yang merupakan seorang atlet paralimpik terkenal dari Afrika Selatan telah ditahan dan didakwa atas tuduhan menembak mati kekasihnya yang juga model, Reeva Steenkamp di rumahnya.
Pihak media juga berkata mungkin Reeva ingin membuat kejutan Valentine’s Day buat kekasihnya tetapi Pistorius menembak mati model berusia 30 tahun kerana menyangka dia seorang perompak.

Pistorius dikenali kerana menggunakan dua bilah kaki palsu semasa dia berlari. Dia akan bermalam di lokap sebelum dihadapkan ke mahkamah pada hari ini. Polis enggan membenarkan Pistorius diikat jamin. Menurut polis, kekasih pelari itu ditembak empat kali di kepala dan tangan Peluru itu dilepaskan dari sepucuk pistol yang dimiliki oleh atlet tersebut, jelas polis. Motif kejadian masih belum dikenal pasti.
Pistorius menjadi selebriti antarabangsa apabila dia menjadi atlet paralimpik bertanding pada Sukan Olimpik di London. Dia berjaya bertanding sehingga ke peringkat separuh akhir 400 meter pada sukan tersebut. Penangkapannya itu menggemparkan Afrika Selatan kerana dia dianggap sebagai hero negara.
Poster gambar Oscar Pistorius yang telah diturunkan di bandar Johannesburg