Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Tragedi Hari Kekasih : Wanita maut ditikam tiga kali

by Admin 3
February 15, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Tanggal 14 Februari bagaikan tarikh untuk membunuh diri. Semalam, seorang wanita bangsa Cina berusia 36 tahun dikatakan terjun dari tingkat enam di pusat membeli belah Berjaya Times Square akibat bergaduh dengan kekasihnya. Satu lagi kes berlaku di Bukit Mertajam apabila seorang wanita ditikam oleh teman lelakinya sendiri awal pagi semalam.

pix_gal0

Akibat cemburu, seorang lelaki sanggup menikamsehingga mati seorang gadis sebelum bertindak menikam dirinya sendiri sebanyak empat kali di sebuah rumah di Taman Hwa Seng dekat Alma semalam. Mangsa, Tan Ching Chin, 24, sedang mandi di rumah tersebut sebelum pemuda itu menikam mangsa sebanyak tiga kali. Bagaimanapun, mangsa mati di tempat kejadian dan pemuda itu masih berada dalam keadaan kritikal.

IKLAN

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, suspek dipercayai menaruh hati terhadap mangsa yang merupakan pembekal barangan binaan kepada syarikat abang gadis itu yang juga tempatnya bekerja.

Menurutnya lagi, kedua-duanya baru berkenalan selama enam bulan dan suspek berada di rumah mangsa sejak 10 Februari lalu untuk bersama-sama menyambut Tahun Baharu Cina.

 

Tags: [ Isu Semasa ] Hari Kekasih : Wanita maut ditikam tiga kali24-Year-Old Clerk Stabbed Three Times By Boyfriendditikam kekasihhari kekasih bertukar hari pembunuhanlagi wanita mati dibunuhtragedi hari kekasihtragedi hari kekasih 2013
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan