Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Hiburan ] Lebih 6000 terpukau tonton konsert Anuar Zain, ‘Anuar Zain 3 Dekad : Muzik, Cinta & Sanubari’

by Admin 3
February 18, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Konsert mega pertama Anuar Zain atau nama sebenarnya penyanyi ini, Shahrul Anuar Zain, 43, telah berjaya memukau lebih 6000 penonton yang hadir di Stadium Malawati pada Sabtu lepas.

GUA_Anuar_Zain_April_default_231636669

Pembukaan tirai konsert pada pukul sembilan malam itu dimulakan dengan lagu I’m The Lucky One dengan iringan 26 pemuzik serta empat orang penyanyi latar. Lagu seterusnya ialah Bila Resah yang digubah dengan susunan baharu dibawah pimpinan Mac Chew.

IKLAN

Anuar terus mengikat tumpuan dengan lagu rancak Selamat Pagi Sang Suria berlatarkan paparan visual dan pencahayaan yang berwarna-warni. Sorakan kuat penonton mengisi segenap ruang stadium setiap kali Anuar mengusik penonton dengan gurauan dan telatah mesranya.

New_ANNUAR

Konsert yang meraikan tiga dekad pembabitannya sebagai penyanyi terus rancak dengan alunan lagu-lagu popular termasuklah Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Ajari Aku, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku,  Perpisahan, Ku Hanya Milikmu, Ketulusan Hati, Cinta Tak Harus Memiliki, Sesuci Cintamu, Bidadari, Semua Untukmu, Kain Pelikat, Sedetik Lebih, Teman Terulung, Lelaki Ini, 

Konsert itu turut diserikan dengan kehadiran kedua ibu bapa Anuar, kakaknya penyanyi Ziana Zain dan ahli keluarga terdekat. Yang jelas, penantian para peminat Anuar terbayar dengan pakej konsert yang lengkap hampir pada setiap aspek termasuk vokal, susunan muzik, rekaan pentas dan pencahayaan.

Nampaknya segala penat lelah beliau membuahkan hasil yang tidak ternilai harganya. Walaupun itu merupakan konsert pertama Anuar Zain, namun beliau berjaya mencuri hati penonton dan membuat mereka terpukau dengan kehebatan bakatnya sendiri. Inilah contoh yang baik bagi seseorang yang bergelar artis, berdiri megah di atas pentas dengan bakat sendiri. Tahniah Anuar Zain!

 

 

IKLAN
Tags: 'Anuar Zain 3 Dekad : Muzik'Anuar Zain 3 Dekad : Muzik Cinta & Sanubari'[ Hiburan ] Lebih 6000 terpukau tonton konsert Anuar Zain[ Hiburan ] Penonton terpukau tonton konsert Anuar Zain6000 penonton terpukau dengan anuar zainanuar zainCinta & Sanubari'konsert anuar zain 3 dekadkonsert mega anuar zain
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan