Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Jenayah ] Remaja lelaki gantung diri di Melaka : Nota bunuh diri pada resit bank

by Aida Sue
February 19, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

 suicide

Seorang remaja sempat meninggalkan nota pada tiga keping resit pengeluaran wang sebelum dia ditemui mati tergantung dalam bilik tidur di rumahnya, dekat Padang Sebang, di sini. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, Sabtu lalu, Muzaffarabadi Ishak, 23, ditemui ibunya yang berusia 60 tahun dalam keadaan leher terjerut dengan tali yang diikat pada palang kayu.

Sumber berkata, ibu mangsa yang memasuki bilik anaknya tergamam melihat keadaan mangsa yang sudah tergantung dengan lengkap berpakaian.  “Ibu mangsa menjerit sebelum abang mangsa meminta pertolongan daripada jiran untuk membantu menurunkan mangsa.  “Sebaik diturunkan, mereka cuba mengejutkan mangsa yang sudah pucat namun tiada tindak balas diterima,” katanya.

IKLAN

Menurutnya, dalam sama sama, abang mangsa menemui tiga keping resit sebuah bank yang tertulis luahan hati mangsa yang dipercayai tulisan mangsa sendiri.

“Mangsa menyatakan hidupnya bosan walaupun masih mempunyai keluarga selain seolah-olah berdepan masalah peribadi sehingga mengakhiri luahannya dengan menyebut berkenaan kematian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut sumber juga, setengah jam sebelum kejadian, mangsa sempat bersarapan bersama keluarga di rumah dan tidak menunjukkan sebarang sikap mencurigakan. Tiada sebarang sikap ditunjukkan mangsa yang hanya bekerja sendiri itu. Difahamkan tali yang digunakan mangsa turut disedari beberapa rakannya sudah berada dalam bakul motosikal mangsa sejak tiga bulan lalu dan membawanya ke mana saja.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sinar Harian

Tags: bunuh dirigantung diriisu semasajenayahmasalah sosialMuzaffarabadi Ishakremajaremaja bunuh diri melakaremaja gantung diri melakaremaja melayu bunuh dirisosial remajasuicide
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan