Penyanyi lagu nasyid, Hafiz Hamidun akan mengadakan konsert solo keduanya, Zikir Terapi Diri di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 23 Februari ini dari pukul 8 malam hingga 10 malam.
Menurut beliau, itu merupakan konsert keduanya selepas pertama kali mengadakan konsert di Dewan Perdana Felda pada 14 November tahun lalu yang berjaya menarik 2,000 penonton selama hampir dua jam dengan jualan tiket berharga RM50 dan RM125.
Tiket Konsert Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun boleh didapati dengan harga RM38, RM78, RM118 dan RM158. Sebarang maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari Facebook Hafiz di www.facebook.com/mohammadhafizhamidun atau hubungi 603-7727 1297 atau SMS: +6012-225 1297