Sebuah band dari Indonesia yang terkenal dengan lagu hits mereka, Aishiteru iaitu Zivilia Band menyatakan hasrat untuk merakam lagu bersama penyanyi remaja, Najwa Latif.
Menurut vokalis band itu sendiri, perancangan itu dibuat selepas tertarik dengan sebuah video oleh Najwa yang menyanyikan kembali lagu Aishiteru di laman Youtube. Mereka bercadang untuk merakamkan kembali lagu tersebut versi duet dan sebuah lagu baru khas buat peminat Zivilia di Malaysia.
Selain tertarik dengan keunikan suara Najwa, mereka turut tertarik dengan kebolehan Najwa bermain gitar dan menulis lagunya sendiri. Tambah vokalis itu lagi, mereka mengikuti perkembangannya menerusi Youtube dan lagu Kosong merupakan lagu kegemaran Zivilia.
Sementara itu, pihaknya sudah pun bertemu dengan Najwa dan pengurusnya mengenai perancangan tesebut dan berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Nampaknya ini merupakan satu peluang yang baik buat Najwa Latif untuk memperkembangkan bakatnya. Kami berharap semoga semuanya berjalan dengan lancar! Tidak sabar rasanya nak dengar Aishiteru versi duet Najwa dengan Zivilia!