Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Brunei : Wanita dibunuh dan disemen di dinding rumah

by Admin 3
February 20, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

20130220.090720_murderwomanwall

Seorang wanita Malaysia berusia 39 tahun dibunuh dan mayatnya disemen di dinding rumah rakannya di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Mangsa pergi ke rumah rakannya untuk menjaga rumah tersebut kerana pemiliknya pulang ke kampung untuk meraikan Tahun Baru Cina. Mangsa yang dikenali sebagai Voon Su Ching diberi satu set kunci rumah berkenaan.

IKLAN

Ketika pemilik rumah berkenaan pulang pada malam Ahad lepas, dia menemui sebuah lapisan semen setinggi tiga meter di kebun miliknya di bahagian belakang rumah. Beliau berasa aneh kerana terdapat bau busuk dari kawasan bersemen tersebut.

Wanita tersebut membuat laporan polis tentang kejadian itu dan setelah disiasat, mereka menjumpai mayat Voon yang dilaporkan telah hilang sejak lima hari sebelum penemuan mengejut itu. Dipercayai pembunuh tersebut menutup mayat dengan menggunakan zink sebelum ianya disemen.

Menurut laporan The Star hari ini, polis telah pun menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun dipercayai terlibat dengan pembunuhan bagi membantu siasatan. Lelaki tersebut disyaki kerana dia dilihat menghantar dua trak semen ke rumah tersebut. Namun motif sebenar pembunuhan masih belum lagi diketahui.

P/S : Siasatan masih lagi dijalankan. Berita lanjut akan diberikan jika ada maklumat tambahan diberikan.

Tags: [ Isu Semasa ] Brunei : Wanita dibunuh dan disemen di dinding rumah39-Year-Old Woman Murdered And Cemented Into A Walldisemen dan dibunuhJasadnya Disemen di Dinding RumahSadis! Wanita Malaysia Dibunuh & Disemen di Kebun Belakang RumahWanita Dibunuh
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan