Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Terkini ] Gua Musang : Harimau kumbang mengganas lagi

by Admin 3
February 20, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

ne_09.1

Dua minggu lepas, seekor harimau kumbang telah menyerang seorang buruh yang menyebabkan beliau terpaksa menerima 50 jahitan di seluruh badannya. Harimau kumbang tersebut mengganas lagi apabila dipercayai membaham tiga ekor biri-biri milik seorang peneroka di Tanah Rancangan Felda Perasu.

Peneroka di tanah rancangan itu risau dan takut untuk memasuki kawasan ladang sawit kerana percaya haiwan itu masih bersembunyi di sekitar kawasan berkenaan.

IKLAN

Penternak biri-biri, Mohd. Shafie Mohd. Yunus, 66, berkata, tiga ekor kambingnya mati dibaham harimau itu sejak minggu lepas. Beliau berkata, kini haiwan ternaknya hanya tinggal 25 ekor dan beliau bimbang akan mengalami kerugian besar sekiranya haiwan itu tidak segera ditangkap.

Buruh kena 50 jahitan akibat diserang harimau tersebut
Buruh kena 50 jahitan akibat diserang harimau tersebut dua minggu lepas.

“Biri-biri pertama dibaham pada malam 16 Februari apabila saya menemui sebatang kaki anak biri-biri yang ditinggalkan harimau berkenaan yang menceroboh kandang di kawasan ladang sawit. Sehari selepas itu, seekor ibu kambing biri-biri pula menjadi mangsa dan bangkai biri-biri itu ditinggalkan dalam kandang,” katanya.

Sumber : Bernama

Tags: [ Terkini ] Gua Musang : Harimau kumbang mengganas lagiburuh diserang harimauburuh kena 50 jahitan akibat diserang harimau kumbangharimau kumbang mengganasTakut harimau masuk rumahUsaha jejaki Harimau Kumbang masih gagal
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan