Hubungan jarak jauh memang memeritkan dan banyak cabarannya. Walaupun ramai yang tidak sanggup berjauhan, namun mungkin ada sebab tertentu mengapa anda dan si dia perlu berjauhan. Percintaan jarak jauh amat sukar jika anda tidak mempunyai kesabaran yang tinggi.
Banyak dugaan yang harus anda tempuhi dan ia jjuga merupakan salah satu sebab orang putus cinta, curang dan sebagainya. Jadi hari ini kami ingin berkongsi sedikit tips untuk kekalkan percintaan jarak jauh yang mungkin sangat berguna buat anda!
Percaya
Bukan mudah untuk kita berjauhan dengan orang tersayang. Aabila teringat, pasti timbul bibit curiga dan mula mengulit perasaan. Setiakah dia di sana? Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini. Tanam sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ianya sangat penting untuk mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.
Selalu berhubung
Zaman sekarang bukan macam zaman dulu dimana kalau nak berhubung kena pakai burung merpati, letak surat kat kaki dia, then terbang, kemudian burung itu terlanggar kapal terbang dan terjatuh mati dan surat itu tidak sampai lantas hubungan anda berdua terputus. Sekarang zaman sudah maju, banyak cara untuk anda berdua berhubung, Facebook, Skype, Twitter, Email, YM dan banyak lagi. Jadi tiada alasan untuk anda terputus hubungan dengan si dia.
Sama-sama bersetuju dengan keputusan untuk berjauhan
Apabila salah seorang daripada anda terpaksa berjauhan, pastinya situasi ini meresahkan. Keputusan untuk berjauhan perlu diambil kira perasaan pasangan anda. Kata sepakat adalah sangat penting untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. Pastikan kedua-dua belah pihak sama-sama bersetuju untuk berdepan keputusan ini. Usah bimbang, cinta yang matang biasanya dapat menghindari perpisahan.
Buat kejutan untuk si dia
Berikan kejutan demi kejutan kepada pasangan untuk mengubati kerinduan. Antaranya, kirimkan sejambak mawar merah berserta coklat. Ataupun berikannya lawatan mengejut agar si dia lebih menghargai dirimu kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan. Pastinya rindu yang mengulit jiwa terubat pabila diri diberikan kejutan yang menyeronokkan. Ini akan membuatkan anda berdua makin rapat dan bertambah sayang!