• Latest
[ Antarabangsa ] Gangguan seksual terhadap wanita di Mesir semakin meningkat

[ Antarabangsa ] Gangguan seksual terhadap wanita di Mesir semakin meningkat

February 21, 2013
Kekal Berseri Ketika Zoom Meeting, Oles Gincu Vogue Meletup Ala Selebriti

Kekal Berseri Ketika Zoom Meeting, Oles Gincu Vogue Meletup Ala Selebriti

January 28, 2021
Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa

Di Sebalik Adegan Seks Dalam Filem, Rupanya Ini Yang Pelakon Rasa

January 28, 2021
Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

January 28, 2021
Cantik Sangat, Rupanya Ini Kafe Dan Restoran Pertama Louis Vuitton

Cantik Sangat, Rupanya Ini Kafe Dan Restoran Pertama Louis Vuitton

January 28, 2021
6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

6 Benda Best Berlaku Sempena Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina

January 27, 2021
Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

Awas Pesakit Batu Karang Tak Boleh Makan Sembarangan, Ini Yang Kena Elak

January 27, 2021
Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

Hanya Berjalan Kaki, Tak Sangka Pula Ini Kebaikannya

January 27, 2021
Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius

January 27, 2021
Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

Macho Dan Stailo Koleksi Kaca Mata David Beckham Tahun 2021 Ini

January 27, 2021
Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

Asyik Ditegur Menggaru, 10 Produk Eczema Bagus Disyorkan Pakar Dermatologi

January 27, 2021
Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

Kamu Bukan Keseorangan! Jika Alami Mental Breakdown, Lakukan Ini

January 27, 2021
Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

Tampil Couple Look Dengan Yang Tersayang Menyarung Koleksi Vans Valentine

January 27, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Antarabangsa ] Gangguan seksual terhadap wanita di Mesir semakin meningkat

Aida Sue by Aida Sue
February 21, 2013
[ Antarabangsa ] Gangguan seksual terhadap wanita di Mesir semakin meningkat
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

mesir-seksualPerutusan hak asasi manusia dari Washington memberi peringatan baru-baru ini terhadap kegagalan kerajaan Mesir mengenal pasti pelaku di sebalik bilangan kes serangan kejam terhadap penunjuk perasaan wanita yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Pada masa sama, hampir 1,000 wanita berkumpul di Kaherah untuk mengutuk serangan seksual terkini. Sambil memukul gendang dan meniup wisel, kumpulan wanita berkenaan mencabar kenyataan beberapa ahli parlimen yang menyatakan kehadiran mereka di pusat tumpuan protes di Dataran Tahrir, menjadi sebab kepada serangan terbabit.
‘Kehadiran seorang wanita di dataran adalah satu revolusi tetapi kata-kata kamu Afifi memang memalukan’. Terpampang satu kain selempang yang merujuk kepada ahli parlimen, Adel Afifi, yang mengatakan golo-ngan wanita sendiri yang mendedahkan diri mereka kepada serangan dengan bercampur gaul bersama lelaki di kawasan tidak selamat.

mesir-seksual-2

mesir-seksual-3

Walaupun gangguan seksual terhadap wanita sudah lama menjadi satu masalah di Mesir, puluhan serangan ganas di Dataran Tahrir dan kawasan sekitarnya dilaporkan sejak kejatuhan pemerintahan autokrat Hosni Mubarak dua tahun lalu.

Ratusan lelaki yang masih belum dapat dikenal didapati mengambil bahagian dalam serangan ke atas wanita dengan merobek pakaian dan menyentuh mereka malah dalam satu kes, merogol seorang gadis berusia 19 tahun bersenjatakan pisau.

Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Buruh, Michael Posner, mengkritik sistem keadilan jenayah Mesir. Ini disebabkan kegagalannya untuk mengenal pasti dan membawa pelaku yang terbabit dalam kes rogol serta perbuatan keganasan terhadap wanita yang semakin membimbangkan, ke muka pengadilan.

Dalam pertemuan dengan pegawai rasmi Mesir, termasuk menteri, penasihat presiden dan ulama penting negara itu, Posner melahirkan kebimbangan Washington mengenai hak wanita yang tidak diutamakan di samping isu penting lain seperti ketelusan, kedaulatan undang-undang dan membina persekitaran yang lebih baik untuk masyarakat.

“Laluan kepada demokrasi dan kestabilan di Mesir mesti dilakukan secara aman. Tidak boleh berpatah semula ke masa lalu,” kata Posner kepada pemberita di Kaherah.

Sukarelawan awam lelaki dan perempuan yang ditawarkan untuk menjaga perhimpunan wanita baru-baru ini, memakai jaket berwarna neon dan topi keledar plastik. Satu perhimpunan serupa turut diserang oleh perusuh pada Jun, walaupun dengan kehadiran pengawal sukarela.

Perhimpunan diadakan selepas penggubal undang-undang dalam Majlis Syura, baru-baru ini mencadangkan wanita perlu diberi ruang khas untuk membantah di Dataran Tahrir dalam usaha mengekang serangan seksual yang berulang terhadap mereka.

 

Tags: gangguan seksual egyptgangguan seksual mesirhak asasi wanitahak wanitaisu antarabangsamesirrogol mesirsexual egypt
Share1Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron
Berita & Isu Semasa

Mati Luar Pangsapuri, Netizen Sangsi Cara Kematian K-Pop Rapper Iron

January 28, 2021
Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN
Berita & Isu Semasa

Yuna Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN

January 26, 2021
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan