Jika di Malaysia, Salih Yaacob mempunyai empat orang isteri, penyanyi dan penerbit muzik dari Indonesia, Ahmad Dhani pula mengakui bahawa dia mempunyai ramai isteri. Namun beliau enggan memberitahu berapa ramai isterinya siapakah gerangan mereka. Ahmad Dhani lansung tidak nafikan perkara itu dan berkata kesemua isterinya adalah sah.
Bagi beliau, perkara sebegitu tidak perlu diheboh-hebohkan demi kebaikan dan juga privasi isteri-isterinya serta keluarga mereka. Menurut beliau lagi, Nabi Daud juga mempunyai 100 orang isteri tetapi tidak semua orang tahu siapa isteri-isteri baginda. Beliau menambah, hidupnya sangat bahagia dan memberitahu rahsia kebahagiaan beliau ialah mempunyai isteri yang ramai.
Ini merupakan perkara yang jarang kita dengar, lagi-lagi di Malaysia. Tidak ramai lelaki yang sanggup dan mampu untuk berkahwin lebih dari satu. Dalam Islam, lelaki hanya dibenarkan berkahwin lebih dari seorang jika dia mampu untuk memberikan nafkah zahir dan batin secara sama rata tanpa ada perasaan pilih kasih serta berat sebelah kepada isterinya. Walaupun lelaki tidak perlu meminta izin isteri untuk berkahwin lagi, namun demi kebaikan bersama kan lagi bagus jika berterus terang dengan isteri anda. Sama ada dia terima atau tidak, itu semua nombor dua. Yang penting anda sudah berterus-terang dan jujur dengan niat anda itu!
Kalau anda ada simpan niat nak beristerikan lebih dari satu, dipersilakan! Tapi siap sedia lah kena kejar dengan isteri anda nanti ye! 😀