Perhatian buat para peminat kuiz dan soalan trivia, selepas ini anda boleh memuat turun aplikasi menarik mengenai sejarah Asia iaitu aplikasi Ultimate History Quiz ( UHQ ) bermula bulan ini. Aplikasi ini adalah gabungan San Francisco Coffee dan juga siaran History Channel. Bermula 25 Februari 2013 hingga 31 Mac 2013 selama 5 minggu, para peserta boleh bermain kuiz menggunakan aplikasi ini secara online dan yang mendapat markah tertinggi setiap minggu berpeluang memenangi wang tunai RM1000, bekalan kopi dari San Francisco Coffee dan juga pek dari History Channel yang mengandungi iPod shuffle, X-Mini Speaker dan juga adapter.
Kempen The Ultimate History Quiz Asia : SF League akan dipromosikan di Radio Astro Mixfm di dalam segmen “Battle of the sexes” dimana soalan dari aplikasi Ultimate History Quiz akan diutarakan kepada para peserta. Di akhir kempen ini, 5 peserta dengan markah tertinggi keseluruhan akan dijemput untuk bertarung demi memenangi hadiah utama berupa iPad mini, bekalan kopi selama setahun dan banyak lagi. Acara ini bermula pada bulan April 2013 dimana 5 selebriti akan bermain untuk acara kebajikan dan dapat menyumbang sebanyak RM5000 kepada pusat kebajikan pilihan mereka.
Anda boleh muat turun aplikasi ini di telefon pintar iPhone,iPad, tablet dan telefon Android anda secara percuma.