Pasangan diraja Britain, Kate Middleton dan Putera William bakal menimang cahaya mata mereka tidak lama lagi. Oleh itu, Putera William terlalu bimbang akan kesihatan isteri kesayangannya itu.
Duchess of Cambridge, Kate Middleton menjadi tertekan kerana suaminya terlalu paranoid kerana risau Kate akan dijangkiti penyakit melalui makanan yang dimakannya. Putera William telah membawa pengawal keselamatan untuk mengawasi dan menyelia kakitangan dapur supaya buah, sayur, ikan, ayam dan sebagainya dibersihkan dengan cara yang betul.
Kerisauan suaminya itu disebabkan Middleton pernah dimasukkan ke hospital kerana alahan teruk dan tiada selera makan. Namun kini, Middleton dikatakan tidak lagi muntah malah semakin kuat dan ceria semula sehingga mampu untuk bercuti bersama William di sebuah pulau.
Sumber : sinarharian