Satu kebakaran telah berlaku di pusat membeli-belah terkemuka One Utama (OU) pada malam tadi. Bekalan elektrik yang terputus di seluruh One Utama disusuli dengan berita mengenai asap dan kebakaran yang berlaku di bahagian New Wing pusat beli-belah tersebut.
Menurut saksi, keadaan pusat membeli belah itu begitu gelap dan terdapat asap yang menyelubungi bangunan berkenaan. Punca kebakaran masih lagi belum diketahui. Dilaporkan bekalan elektrik terputus di seluruh One Utama dan kemudiannya berlaku kebakaran di bahagian New Wing pusat beli-belah tersebut.
Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan beberapa orang pengunjung terperangkap di dalamnya. Beberapa warga Twitter yang terperangkap di panggung wayang dan di tempat letak kereta turut menulis di Twitter masing-masing tentang keadaan terkini di One Utama. Warga Twitter yang berada di sana turut memuatnaik beberapa gambar mengenai keadaan di sana.
Walau bagaimanapun, semua mangsa yang terperangkap dapat diselamatkan dan semua pengunjung dilaporkan selamat. Menurut sumber, pusat membeli-belah terkemuka itu kembali beroperasi seperti biasa hari ini.