Kita semua tahu masa itu emas. Tetapi masih ramai yang suka membazir dan melengah-lengahkan masa yang ada. Orang yang suka membazirkan masa adalah orang yang rugi. Jadi manfaatkan masa yang ada dengan bijak.
Pengurusan masa sebenarnya sangat membantu dalam kehidupan harian dan membantu menentukan perkara yang sepatutnya dilakukan terlebih dahulu. Hari ini kami mahu berkongsi beberapa sebab kenapa pengurusan masa aladah penting. Perkara ini boleh dipraktikkan oleh semua tidak kira yang bekerja atau yang masih sekolah.
Pengurusan masa mudah dilakukan
IKLAN
- Pilihan terletak di tangan kita untuk memanfaatkan masa yang ada dengan berkualiti. Dengan mengwujudkan senarai tugas yang perlu diselesaikan, kita akan lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu tugas walaupun banyak kerja yang menimbun.
Pengurusan masa penting dalam kehidupan kita
- Dengan mengamalkan pengurusan masa ini, kita telah mengatur kehidupan peribadi kita. Berlengah melakukan sesuatu akan mempengaruhi kehidupan harian, keluarga dan masa yang diluangkan di rumah turut terjejas.
Pengurusan masa penting untuk pekerjaan kita
- Semua organisasi di seluruh dunia ini menitikberatkan penggunaan masa dengan bijak. Sekiranya kita gagal mengurus masa dengan teratur bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kehidupan peribadi tetapi juga kerjaya kita. Sekiranya kita gagal untuk melaksanakan tugas dengan baik dalam organisasi tempat kita bekerja, dikhuatiri tindakan disiplin akan diambil malah lebih teruk lagi dibuang kerja. Jadi jangan curi tulang!
Kesan positif pengurusan masa
- Dengan mengambil kira kesan positif pengurusan masa kepada kerjaya dan kehidupan peribadi kita kenapa kita tidak urus masa kita denga bijak? Tidak rugi sekiranya kita belajar untuk mengurus masa kita walaupun pada permulaannya memang agak sukar mengikut jadual yang kita buat, tetapi lama-kelamaan kita akan biasa dengan rutin tersebut. Kita akan dapati pengurusan masa itu sangat berguna.
Plihan di tangan kita
- Dalam pengurusan masa juga kita mempunyai pilihan untuk mengurus masa dengan bijak. Kita boleh pilih sama ada ingin menggunakan buku kecil (diari), telefon bimbit atau komputer untuk mengatur masa kita. Kelengkapan teknologi masa kini memberi satu ruang kepada kita untuk mengatur masa kita. Jadi tiada alasan untuk kita tidak dapat menguruskan masa dengan bijak!