Sebelum ini, couple ring yang dimuat naik oleh Aliff Aziz di Istagram miliknya membuatkan semua tertanya-tanya adakah Adira pengganti Anne Ngasri. Hubungan rapat Aliff dan Adira kini makin jelas kelihatan.
Mereka tidak lagi menyembunyikan perkara itu sebaliknya mereka telah memuat naik gambar-gambar bersama di Istagram.
Kedua-dua mereka mempunyai rekod percintaan yang pernah mencetuskan kontroversi dimana Adira pernah dikaitkan dengan Hafiz manakala Aliff sudah tentu meletup dengan cintanya bersama pelakon Anne Ngasri yang musnah di pertengahan jalan.
Menurut penyanyi genit, Siti Adira Suhaimi, dia berasa cukup selesa berkawan dnegan aliff dan menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang baik. Hubungan mereka menjadi rapat sejak hubungan Aliff dan Anne berakhir.
“Saya selesa berkawan rapat dengannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, berfikiran terbuka dan mudah dibawa berbincang. Ya, orang pasti tidak berhenti bercakap tentang kisah silam saya mahupun Aliff kerana karier kami sebagai artis. Selagi kami selesa berkawan rapat, saya tidak lihat ia satu kesalahan,” jelas Adira.
Ketika sesi bertemu peminat yang diadakan di De Palma Hotel Ampang baru-baru ini, Aliff Aziz juga turut diundang sama ke majlis makan malam tersebut yang turut dihadiri keluarga Adira sendiri. Katanya, artis lain juga turut diundang ke majlis makan malam tersebut. Mungkin tindakan itu hanya untuk mengaburkan mata orang ramai mengenai hubungan mereka ini. Siapa tahu kan? Tapi kalau betul pun tidak jadi masalah kot kan? 🙂