Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Padah lepas rindu

by Admin 3
February 26, 2013
Foto : Sinarharian

Foto : Sinarharian

Share on FacebookShare on Twitter

Seorang wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat sekali lagi dicekup di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, Kluang pagi kelmarin. Ketika serbuan sekitar 1.15 pagi itu, wanita berkenaan menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan.

Foto : Sinarharian
Foto : Sinarharian

Sebelum itu, wanita berkenaan  sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang. Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan  pasukan penguatkuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel.

IKLAN

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain. Sepertinya, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat.

“Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Operasi bersepadu itu berakhir sekitar jam 5 pagi dan  melibatkan lima daerah Jabatan Agama Islam Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, disertai tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang.

sumber : sinarharian

Tags: [ Isu Semasa ] Padah lepas rinduKluang : Tidak seriklepas rinduSanggup datang dari jauhwanita dicekup dua kali sebab berkhalwatwanita ditahan atas kesalahan yang sama
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan