Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Giliran Fakri Saarani pula selepas Nazmi Faiz : Bakal beraksi bersama pasukan Kelantan

by Aida Sue
February 26, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

FBL-OLY-2012-ASIA-MAS-SYR

Persoalan itu harus mengusik minda peminat bola sepak negara apabila dikejutkan dengan berita kepulangan semula Ahmad Fakri Saarani dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) selepas tidak sampai dua bulan beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC.

Ahmad Fakri yang menandatangani kontrak enam bulan dan beraksi bersama Atletico sejak bulan lalu disahkan sudah menandatangani kontrak dua musim dengan Kelantan – sekali gus akan beraksi bersama The Red Warriors (TRW) sebaik pendaftaran kedua pemain dibuka, April ini.

IKLAN

Jika sebelum ini Ahmad Fakri bertegas terus kekal bersama Atletico SC, yang pasti kepulangannya untuk kembali beraksi dalam Liga-M akan menimbulkan banyak persoalan dan mencipta polemik baru – pemain tempatan yang beraksi di luar negara sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Ini kerana dia bukan pemain pertama yang pulang dalam tempoh singkat kerana sebelum ini peminat dikejutkan dengan kepulangan bintang muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor dari kelab Portugal, SC Biera Mar selepas hanya enam bulan bersama kelab divisyen satu itu.

Dia telah mengikat kontrak selama enam bulan dengan Divisyen TIga, Atletico Sport Clube Reguengos ( Atletico S.C ) dan sepatutnya mula beraksia pada 6 Januari lepas jika tiada sebarang masalah.

Ejen Marco Guimaraes bersama Nazmi Faiz
Ejen Marco Guimaraes bersama Nazmi Faiz

Menariknya, pemergian Ahmad Fakri dan Mohd Nazmi beraksi dengan kedua-dua kelab Portugal itu diuruskan oleh ejen Marco Guimaraes.

Sedikit info mengenai Ahmad Fakri Saarani berumur 24 tahun merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Negeri Sembilan dan Felda United FC dalam Liga Super Malaysia. Beliau berkebolehan menjadi penyerang dan sayap kanan.  Dia telah mengikat kontrak selama enam bulan dengan Divisyen TIga, Atletico Sport Clube Reguengos ( Atletico S.C ) dan sepatutnya mula beraksia pada 6 Januari lepas jika tiada sebarang masalah.

Tags: ahmad Fakri SaaraniAtletico SCFakri SaaraniFakri Saarani kelantanFakri Saarani the red warriorsMarco Guimaraesnazmi faiz
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan