Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.
“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita Che Wan
Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing. Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.
Zain Saidin pula kelihatan agak terkejut apabila diajukan soalan yang sama dengan berkata dia dan Che Ta masih belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.Zain berkata, pelbagai persiapan perlu dilakukan membabitkan keluarga kedua-dua pihak. Dia yang sekarang ini sibuk dengan penggambaran siri Oh My English! mengharapkan perkahwinannya nanti berkekalan dan menjadi majlis terbaik untuk dikenang dan dikongsi bersama peminat.
Luahan Cinta Zain Saidin pada Rozita Che Wan di Instagram