Mee segera yang digelar ‘Zero Noodle’ tidak mempunyai lemak, gula , rasa dan juga berbau sedikit hanyir yang datangnya dari bahan Glucomannan. Tetapi mee segera ini menjadi pilihan ramai terutamanya mereka yang ingin menurunkan berat badan. Satu hidangan Zero Noodles ( 200 g ) sudah cukup untuk menggantikan satu hidangan kecil nasi, pasta atau mee yang diperbuat daripada telur dan hanya mengandungi 10 kalori.
Dan ia bukan sahaja akan membantu anda mengurangkan berat badan. Pengeluar Zero Noodle juga berkata, hidangan mee segera ini boleh membantu mengurangkan kolesterol, mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
Zero Noodle yang dijual pada harga RM10 sepeket ini diperbuat daripada tumbuhan iaitu Konjac, iaitu daun bunga merah yang lama ditanam untuk dijadikan makanan di kebanyanyak negara Asia. Bahan Glucomannan ( 6 gram untuk satu hidangan Zero Noodle 200gram ) yang digunakan untuk membuat mee adalah dalam paket seberat 200gram dan ianya perlu direbus selama tiga minit dan Zero Noodle ini diimport dari negara China. Zero Noodles biasanya dimakan dengan sos cili, sos berkrim ataupun dimakan bersama kicap cair.