Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Acara ] Sukan Olimpik Khas : P&G dan MYDIN memperluas peluang untuk golongan ketidakupayaan intelektual

by Admin 3
February 26, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Photo 1

Dehveyann merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang dilahirkan dengan Sindrome Down iaitu keadaan yang sering dikaitkan dengan ketidakupayaan kognitif dan fizikal.

Walaupun dilahirkan dalam keadaan sebegitu, semangat kental yang ditunjukkan oleh Dehveyann membuktikan bahawa beliau mampu merealisasikan apa sahaja tanpa sebarang halangan. Ini kerana sebagai seorang perenang dan atlet yang rajin, Dehveyann kini berpeluang untuk mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik Khas Asia Pasifik pertama di Australia.

IKLAN

Seperti Dehveyann, kebanyakan kanak-kanak istimewa meneroka potensi diri melalui kegiatan sukan. Sukan Olimpik Khas adalah landasan terbaik bukan sahaja untuk mengembangkan bakat mereka dalam bidang sukan, bahkan menggalakkan interaksi sesama rakan dalam suasana yang kondusif dan selesa. Senyuman yang terpaut di wajah kanak-kanak istimewa ini tatkala diiktiraf kejayaan mereka di arena sukan adalah amat tidak ternilai.

Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka dan keyakinan diri yang ditunjukkan telah menjadi sumber inspirasi kepada Procter & Gamble (P&G) dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) untuk melancarkan kempen pengumpulan dana yang diadakan baru-baru ini.

Photo 2

Photo 3

Photo 4

Melalui kempen tersebut, P&G dan Mydin telah berjaya telah berjaya mengubah kehidupan 10,000 kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan untuk belajar. Melalui kempen kerjasama selama 2 bulan yang diadakan di seluruh negara, P&G dan MYDIN berazam untuk mengumpul dana bagi menyokong penyertaan atlet-atlet negara dalam sukan Olimpiks Khas Asia Pasifik kali pertama yang bakal diadakan di Newcastle, Australia.

Bermula dari 23 Februari sehingga 15 April 2013, pengguna boleh membantu atlet istimewa ini dengan berbelanja sebanyak RM 10 atau lebih pada barangan produk P&G di semua cawangan MYDIN. Kutipan jualan produk-produk P&G seperti Pantene, Head & Shoulders, Rejoice, Herbal Essence, Olay, Gillette, Oral-B, Downy, Ambi-Pur, Whisper, Febreze, Bonux, Dynamo dan Fab akan disalurkan kepada dana amal ini.

 

IKLAN
Tags: [ Acara ] Sukan Olimpik Khas : P&G dan MYDIN memperluas peluang untuk golongan ketidakupayaan intelektualdown syndromekempen dana untuk golongan down syndromemydin malaysiap&gsukan bagi golongan down syndromesukan khas bagi golongan kurang upayasukan olimpik khas
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan