Voice Search adalah aplikasi yang paling cepat, cara paling mudah untuk mencari apa yang anda perlukan di web di telefon atau tablet anda dan ia hanya menggunakan suara anda untuk membuat carian. Selain dari carian di web dan telefon anda, anda juga boleh membuat panggilan kepada rakan anda, menghantar e-mel, mendapatkan arahan dan mendengar muzik, semua dibuat tanpa perlu menaip. Bayangkan semasa memasak dan tangan anda kotor, anda masih boleh mencari untuk resipi yang anda perlukan! Berikut merupakan 5 tips berguna untuk carian menggunakan Voice Search di Google :
1. Cuaca
Tanya mengenai keadaan cuaca di tempat anda dan anda akan mendapat info yang cepat mengenainya. Anda juga boleh meminta dalam ayat yang lengkap: “Adakah hari ini akan hujan di Kuala Lumpur?” atau “Adakah saya memerlukan payung hari ini? “
2. Memasak/resepi
Jika anda memasak dan perlukan resepi lengkap, ataupun berapa gram bahan yang anda perlukan untuk membuat kek misalnya, anda boleh hanya bertanya pada Google : “Berapa banyak tepung yang diperlukan untuk membaut kek cawan?”
3. Lokasi tempat
Anda mahu makan di luar? Mencari keseronokan? Jika anda sedang mencari cadangan mengenai restoran berdekatan, atau pun ingin menonton wayang, anda boleh bertanya menggunakan Voice Search seperti
“Apa restoran Thai berdekatan?” ataupun “Mana pawagam yang terdekat di kawasan ini?” / “What’s a good Thai restaurant nearby?” or “Where’s the nearest cinema?”
4. Skor sukan
Ingin tahu bagaimana prestasi pasukan bola sepak kegemaran anda di EPL ? Anda hanya perlu menyebut nama pemain misalnya “Wayne Rooney”. Kemudian nanti semua info mengenai Rooney akan dipaparkan dalam link berwarna biru. Atapun hanya perlu menyebut “Liverpool” dan skor sukan terkini akan dipaparkan.
5. Peta
Sama ada anda memandu, berjalan, atau mengambil pengangkutan awam, jika anda sesat atau tak tahu jalan, hanya tanya “bagaimana saya boleh sampai ke lapangan terbang dengan bas?” Ia akan memaparkan peta dan membantu anda untuk mencari jalan.
* Nota: untuk mengakses Carian Suara Google, hanya melakukan perkara-perkara berikut:
● pengguna Android: ketuk simbol mikrofon di bar carian Google, atau jika anda menggunakan Android 4.1 (Jelly Bean) atau lebih tinggi, slide butang rumah dan cari “Google”.
● Pengguna iPhone: muat turun aplikasi Google Search dari kedai iTunes.
● Anda juga boleh mengakses Carian Suara langsung dari pelayar Chrome.