Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Kanak-kanak berusia 7 tahun dibunuh kerana zakarnya mengecil

by Admin 3
February 27, 2013
Gambar kanak-kanak yang dibunuh kerana zakarnya mengecil selepas berkhatan

Gambar kanak-kanak yang dibunuh kerana zakarnya mengecil selepas berkhatan

Share on FacebookShare on Twitter
Gambar kanak-kanak yang dibunuh kerana zakarnya mengecil selepas berkhatan
Gambar kanak-kanak yang dibunuh kerana zakarnya mengecil selepas berkhatan

Seorang wanita berusia 38 tahun mengaku membunuh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun kerana malu alat kelamin anaknya mengecil selepas berkhatan.

Kalau alat kelamin tidak ada, lebih baik mati sahaja. Itulah ayat yang diberikan oleh wanita tersebut dalam keterangan kepada pihak polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa lalu.

Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari semalam, wanita tersebut dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa. Dia turut mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta. Bagaimanapun, wanita berusia 38 tahun itu telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

IKLAN

Seorang jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu.

Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati zakar anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat. Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu.

Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan.

Entah apalah yang apa dalam fikiran wanita ni. Jiran-jiran pun tidak tahu pasal masalah itu, dia pula yang terlalu emosi sampai sanggup bunuh anaknya itu. Akhir-akhir ini, makin ramai ibu yang tergamak bunuh anak sendiri. Kalau tak mahu anak, janganlah seksa mereka sampai macam tu. Anak tu amanah dan rezeki dari Allah SWT, bukannya hadiah cabutan bertuah. Apalah salah anak kecil tu..

Tags: [ Isu Semasa ] Kanak-kanak berusia 7 tahun dibunuh kerana zakarnya mengecildibunuh kerana zakar mengecilibu bunuh anak kerana maluibu bunuh anak kerana zakarnya mengecilibu bunuh anak sebab malu dengan jiran
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan