Kepada pembaca Wanista, mohon bantuan anda untuk mencari anak gadis kepada Ayuf Abdul Rahman, yang bernama Nadzirah Ashikin berusia 17 tahun yang dikatakan tidak pulang ke rumah sejak hari Sabtu lalu (23 Februari 2013).
IKLAN
Remaja tersebut keluar rumah dengan seluar berwarna merah, baju putih, jaket hitam dan bertudung hitam. Kali terkahir dilihat di Eastern Plaza dan KFC Tawau. Dia dilihat mengikuti sebuah kereta Proton Exora berwarna putih dan ada pelekat ‘P’.
Laporan polis sudah pun dibuat. Jika anda ada sebarang maklumat atau ternampak gadis ini, sila hubungi bapanya di 013 8800 0188 atau ibunya di 019 8728 868 atau laporkan pada balai polis berdekatan.
Sumber : FB Bapa Nadzirah