Dengan sokongan Jawatankuasa Barista Malaysia, Racing Creatures Sdn Bhd dan Barista Guild Asia melancarkan Malaysia Barista Championship 2013 ke-4 di Black Box, Publika Jumaat lepas. Pelancaran itu turut memperkenalkan banting Café Pit-stop yang menggambarkan budaya minum kopi di Melbourne.
Banting tersebut akan diletakkan di seluruh kafe terpilih sepanjang bulan Mac 2013 dan kafe tersebut ialah Artisan Roast Cafe, The Bee, EspressoLab, Coffee Stain, Top Brew Café, Departure Lounge, Red Bean Bag, Coffea Coffee dan Coffee Chemistry Signature.
Pertandingan Barista Malaysia ke-4 akan diadakan pada 23-24 Mac 2013 di [email protected], Solaris Dutamas. Acara ini adalah sebagai platform bagi memimpin industri ini untuk mempamerkan pelbagai mesin pembuat kopi dengan kaedah yang baru. Orang ramai boleh menyaksikan pertandingan ini di Blackbox, [email protected]
16 barista dari seluruh negara akan bersaing dan menunjukkan bakat mereka dalam seni kopi istimewa di MBC 2013 nanti. Pertandingan ini akan diadili oleh para juri daripada Malaysia, Singapura, Jepun dan Indonesia.
Pemenang berpeluang untuk menyaksikan sendiri Pertandingan Barista Peringkat Dunia 2013 di Melbourne. Juara juga berpeluang bercuti di Melbourne selama lima hari 4 malam dan mendapat pass masuk ke Melbourne International Coffee Expo 2013 pada bulan May nanti. Naib juara pula berpeluang ke Gayo Highlands selama tiga hari dua malam.