Aungerah Bella merupakan sebuah acara penganugerahan khas untuk meraikan, menghargai dan memberi penghormatan buat kaum wanita. Wanita diberi pengiktirafan untuk setiap inci kehebatannya. Dalam kalangan jutaan wanita di Malaysia, sebilangan daripada mereka telah menonjol dengan menunjukkan aura masing-masing dengan kejayaan yang mereka kecapi hari ini.
Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul memilih tema ‘She Sparkles’ bagi anugerah yang julung kalinya dianjurkan bagi memperjuangkan martabat wanita. Tema itu dipilih kerana ia sangat bersesuaian dengan ciri-ciri wanita yang sering diibaratkan sebagai batu permata dalam memberikan cahaya kepada orang sekeliling.
IKLAN
Anugerah Bella akan bersiaran pada 2 Mac 2013 bersempena sambutan Hari Wanita peringkat antarabangsa. Anugerah ini akan disiarkan pada waktu perdana pada jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam, manakala acara karpet merahnya pula akan disiarkan pada 8.30 malam eksklusif di ntv7. “Live streaming” menerusi portal video no. 1 Malaysia, Tonton juga boleh dilayari di www.tonton.com.my.
Penyanyi terkenal Mizz Nina telah diumumkan secara rasmi sebagai artis yang bakal membuat persembahan pembukaan Anugerah Bella yang akan disiarkan secara langsung dari Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2013 ini. Antara selebriti yang dijemput untuk membuat persembahan pada 2 Mac ini ialah Ronan Keating, Joe Flizzow, Darren Ashley, The Impatient Sisters, Maliq & D’Essentials, Rossa dan Marcell Siahaan.
Sementara itu, Hans Isaac bakal digandingkan bersama tiga jelitawan Bella, Elaine Daly, Daphne Iking, dan Vanessa Chong untuk mengacarakan rancangan anugerah ini. Manakala, acara karpet merah, “Sparkle Carpet” yang disiarkan pada 8.30 malam akan diacarakan oleh Nazrudin Rahman bersama pemenang pencarian “Bella Official Correspondent”.
Anugerah Bella telah mengumumkan senarai calon Top 5 bagi anugerah yang dipertandingkan iaitu Bella Creative Award, Bella Style Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award dan Bella Heart Award. Kesemua calon-calon terpilih ini dinilai melalui sumbangan, pencapaian dan portfolio mereka oleh beberapa panel juri terpilih. Sementara itu, anugerah utama yang paling dinantikan adalah Bella Award yang akan dipilih daripada lima kategori yang dipertandingkan.
Bella Creative Award
Adibah Noor
Asha Gill
Low Ngai Yuen
Yuna
Zee Avi
Bella Style Award
Andrea Fonseka
Gillian Hung
Ung Yiu Lin
Winnie Loo
Wirda Adnan
Bella Beautiful Award
Daisy Lee
Dr Premitha Damodaran
Gloria Ng
Lilian Tan
Ninie Ahmad
Bella Business Award
Chris Abishegam
Datuk Rosaline Ganendra
Datin Seri Tiara Jacquelina
Nuraizah Shamsul Baharin
Vivy Yusof
Bella Heart Award
Datuk Ruby Khong
Dr Hartini Zainudin
Poesy Liang
Sabrina Yeap
Yasmin Rashid
Untuk maklumat lanjut menganai Anugerah Bella 2013, sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter!