Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Hiburan ] Tak kisah dilabel seksi dan tak sedar diri

by Admin 3
March 1, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

didie

Pelakon, pelawak dan juga pengacara, Didie Alias atau nama gelarannya Lady Gaga Malaysia tidak kisah dilabel seksi dan tidak sedar diri. Ibu kepada lima anak ini sering menjadi tumpuan ramai kerana penampilannya yang unik dan pelik.

Namun, dia tidak kisah sekiranya orang ramai mengkritik pakaiannya asalkan anak-anak suka dan sering menyokong kerjayanya dalam industri hiburan tempatan. Ada pihak yang mengkritik selebriti berpengalaman ini ekoran gambar-gambar beliau bersama anak-anaknya yang memakai tudung sedangkan beliau tidak pula berimej sebegitu.

IKLAN

“Mana seksinya? Saya ni, kalau pakai apa pun nampak seksi. Lantak lah orang nak kata apa pun. Betul, keempat-empat anak saya memakai tudung. Saya tak paksa anak-anak saya memakai tudung. Tapi itulah didikan yang saya berikan pada mereka. Mereka pun tak pernah larang saya nak tampil dengan imej yang bagaimana. Sebab mereka tahu itu adalah kerja mummy mereka. Malah mereka sering memberi idea dari segi pemakaian saya. Mereka tak pernah marah atau berasa malu bila saya tampil dengan gaya yang pelik-pelik. Mereka sokong saya. Cukup anak-anak saya bersama saya ketika senang dah susah. Saya tak perlu peduli apa kata orang lain.” jelas selebriti yang digelar Lady Gaga Malaysia ini.

baruask21

imauge

didie1

didiie

Hal macam ini adalah perkara biasa kalau dah masuk dunia artis. Artis mana yang tidak pernah dikritik? Baik mana pun artis itu, pasti ada saja pihak yang tidak berpuas hati. Mereka hanya perlu sabar dan bersikap lebih profesional dalam hal sebegini.

 

 

IKLAN
Tags: [ Hiburan ] Tak kisah dilabel seksi dan tak sedar dirididie aliasdidie alias pelik dan seksididie alias seksigaya pelik didie aliasikon pelik malaysialady gaga malaysia
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan