Update terkini dari twitter @bernamadotcom :
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
IKLAN

Najib berkata pada hari Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri sebagai “Tentera Sulu” di Sabah itu telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Baca lebih lanjut :
Baca lebih lanjut mengenai kronologi pencerobohan di Lahad Datu
Baca lebih lanjut tentang suasana di Lahad Datu
Baca lebih lanjut tentang kematian 2 komando PDRM
[ TERKINI / 18 SG ] Pencerobohan Lahad Datu : Gambar Mayat Penceroboh Bersenjata (8 Gambar)