Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Antarabangsa ] Israel hantar bas khas untuk pekerja Palestin dari Tebing Barat cetus kontroversi

by Aida Sue
March 5, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

palestin

Israel semalam melancarkan perkhidmatan bas khas untuk membawa rakyat Palestin dari wilayah Tebing Barat yang diduduki untuk bekerja di kawasan Yahudi, yang mencetuskan tuduhan sentimen perkauman dari sebuah kumpulan tempatan.

Perkhidmatan ke Tel Aviv dan tengah Israel bermula dari pos tentera di Eyal berdekatan bandar Qalqilya di Tebing Barat di mana rakyat Palestin yang mempunyai permit bekerja diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki bas tersebut.

IKLAN

Beratus-ratus buruh yang berkumpul di pusat pemeriksaan Eyal sebelum subuh untuk mengambil kesempatan untuk menggunakan perkhidmatan baru. Walaupun terdapat beberapa masalah kesesakan kerana sambutan diluar jangkaan itu, ramai yang menyenangi perkhidmatan itu.

Media Israel berkata perkhidmatan tu dilancarkan ekoran aduan dari peneroka Yahudi di Tebing Barat yang berasa tidak selamat untuk berkongsi kenderaan awam dengan rakyat Palestin.

Haroun Hamdan, tukang besi berumur 44 tahun, menaiki bas dengan rakyat Yahudi adalah satu penyiksaan dan ramai rakyat Palestin memilih untuk menaiki bas khas untuk rakyat mereka sendiri. Banyak penderaan mental yang dilakukan oleh rakyat Yahudi kepada rakyat Palestin terutama penghinaan lisan.

Menteri pengangkutan menafikan tuduhan pengasingan dengan memberitahu bahawa tidak ada sekatan kepada rakyat Palestin yang mempunyai permit untuk menggunakan kenderaan awam biasa sama ada untuk bergerak melalui Tebing Barat atau di dalam kawasan Yahudi.

Sekitar 360,000 orang Israel tinggal di kawasan penempatan Tebing Barat dikelilingi oleh 2.5 juta rakyat Palestin. – AFP

Tags: antarabangsabas khas palestinberita semasagazaisu semasajewishpalestinpalestinepalestine only bustebing baratyahudi
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan