Siapa tahu pekerja Google bukan sahaja hebat dalam bekerja, tetapi hebat juga menyanyi rap! Seorang pekerja Google yang berusia 25 tahun , Andrew Fink, menunjukkan sisi kreatifnya dengan membuat satu video rap mengenai Googleplex iaitu tempat beliau bekerja.
Andrew yang menggelarkan dirinya seorang artis hip hop merupakan pekerja Google dan telah mengeluarkan satu video khas bertajuk “Welcome to Google” dan berikut merupakan antara lirik dalam lagu rap ciptaannya :
Welcome to google, this is the googleplex
The home of where the futures kept
Welcome to google, this is the googleplex
Theres no telling what were doing next.
Andrew bekerja di jabatan pemasaran di Wildfire yang merupakan kumpulan pemasaran media sosial yang telah ditubuhkan oleh Google pada tahun lepas. Jom tengok video kreatif dari Andrew bersama rakan sekerjanya di Googleplex! – Mashable