Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

[ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

by Aida Sue
March 5, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

jeslina-hashim

Penyanyi Jeslina Hashim, 36, sah bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada pukul 9.55 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada hari Selasa. Lafaz cerai tersebut dilakukan dihadapan Hakim Syarie, Mohammad Abdul Karim Wahabdi bawah Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik).

Penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu turut mengaku berada dalam keadaan suci sebelum lafaz dibuat. Terdahulu, peguam syarie mewakili Dion, Mohd Hafiz Abdul Rashid memaklumkan kepada mahkamah kedua-dua pihak setuju dengan perjanjian penyelesaian berkaitan hak penjagaan anak, mutaah, dan hadanah tanpa sebarang pertikaian.

IKLAN

“Proses penceraian berjalan lancar dengan kedua-dua pihak bersetuju dengan perjanjian yang dibuat. Anak-anak akan tinggal dibawah jagaan bekas suami di Mont Kiara, namun Jeslina diberi hak lawatan,” katanya.

Gambar Jeslina Hasim bersama anaknya

anakjeslinahashim2

anakjeslinahashim

anakjeslina

Nafkah sebanyak RM8,333 selama 18 bulan akan diberikan kepada Jeslina, sementara RM5,000 sebagai wang edah. Dalam pada itu, Jeslina yang berbaju kurung datang ke mahkamah secara berasingan enggan mengulas lanjut sebab penceraian tersebut.

Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai dua orang anak berusia tiga dan enam tahun. 

Jeslina Hashim sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan tersebarnya gambar beliau berbikini di pantai bersama teman-temannya sekitar tahun 2009.

IKLAN

Jeslina hashim seksi 2

Jeslina hashim seksi 1

Tags: artisbikinigambar anak jeslina hashimgambar seksi artisgosip artisgosip tempatanhiburanjeslina bikinijeslina ceraijeslina hashimjeslina hashim ceraijeslina hashim keluargajeslina hashim seksi
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan