Kedutaan Besar Malaysia di Makati City hari ini ditutup berikutan tunjuk perasaan mengecam krisis Lahad Datu. Kedutaan Malaysia ditutup selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas kumpulan pengganas yang berkubu sejak tiga minggu lalu.
Laporan ABS-CBNnews.com berkata, sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan beragama Katolik dan Islam berkumpul di hadapan kedutaan sepanjang jalan di Salcedo Village. Penunjuk perasaan mahu keganasan ditamatkan segera manakala sesetengah dari mereka menyatakan sokongan terhadap sultan Sulu, yang menuntut Sabah.Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dikerahkan bagi mengawal keadaan.
Penunjuk perasaan membakar gambar Presiden Filipina Benigno Aquino III dan juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang sedang bersalaman dan berkata penunjuk perasaan rata-ratanya tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Filipina menangani masalah ini. Tunjuk perasaan berlangsung selama 1 jam 30 minit dan tiada kemalangan dilaporkan.
Kumpulan militan dikatakan turut hadir bersama penunjuk perasaan lain dan berkata mereka telah mengadakan perbincangan untuk membuat tunjuk perasaan yang lebih besar di kawasan Mendiola di Manila, Filipina esok. Menteri kabinet Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membantah tindakan membakar gambar bendera Malaysia dan juga gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semasa tunjuk perasaan itu berlangsung.
Baca lebih lanjut :
Baca lebih lanjut mengenai kronologi pencerobohan di Lahad Datu
Baca lebih lanjut tentang suasana di Lahad Datu
Baca lebih lanjut tentang kematian 2 komando PDRM
[ TERKINI / 18 SG ] Pencerobohan Lahad Datu : Gambar Mayat Penceroboh Bersenjata (8 Gambar)
[ Update Terkini ] Pencerobohan Lahad Datu : Tentera Mula Serang Penceroboh Sulu