Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Berita Antarabangsa ] Perang dunia ketiga? Ancaman Serangan Nuklear Oleh Korea Utara

by Aida Sue
March 13, 2013
26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

nuclear2

Sebuah ancaman disampaikan oleh wakil Kementerian Luar Negeri Korea Utara demi melindungi kepentingan Korea Utara, dan untuk pertama kalinya Pyongyang akan meluncurkan serangan nuklear terhadap kubu-kubu pertahanan musuhnya. Ancaman itu  diutarakan dalam slot berita Korea Utara dan disiarkan Khamis (7/3/13) lalu.

Menurut wakil kementerian Luar Negeri Korea Utara, demi melindungi kepentingan Korea Utara, angkatan bersenjata Korea Utara akan melakukan haknya untuk melancarkan serangan nuklear pada kubu-kubu pertahanan musuhnya. Menurut  dakwaan pegawai dari Kementerian Luar Negeri Korea Utara,  hal ini disebabkan pihak Amerika Syarikat katanya akan memulakan perang nuklear terhadap Korea Utara.

Foto - Pinterest/Instagram

Serba Ungu & #Instaworthy, Pulau Banwol Tarikan Terbaru Korea Selatan

March 17, 2021
Foto - Arkib Wanista

10 Kpop Idol Tak Ikut ‘Beauty Standard’ Korea, Yang Penting Yakin

November 23, 2020

 Wakil itu juga mengumumkan bahawa pada hari Isnin (11/3/13), Korea Utara telah membatalkan gencatan senjata tahun 1953 yang menghentikan perang saudara Korea selama 3 tahun yang telah menghancurkan penempatan awam dan membunuh ramai orang awam yang tidak berdosa. Selain itu, Korea Utara juga menegaskan ketidaksenangan mereka pada latihan tentera yang sedang berlangsung antara pasukan Amerika dan Korea Selatan. Korea Utara menganggap latihan gabungan tersebut sebagai dalih Amerika melakukan serangan nuklear.

IKLAN

North Korean soldiers

Jeneral James Thurman, panglima pasukan Amerika di Korea Selatan menyatakan ketidaksenangan atas ancaman pembatalan perjanjian gencatan senjata oleh Korea Utara. Sebagai pimpinan komando PBB, dia merasa “bertanggung jawab untuk menegakkan sepenuhnya ketentuan gencatan senjata”.

Dokumen gencatan senjata sebelumnya ditandatangani oleh komander-komander tentera China dan Korea Utara di satu pihak, serta komander PBB pimpinan Amerika sebagai wakil antarabangsa. Korea Selatan tidak menandatangani perjanjian itu. Sejak penandatanganan dokumen tersebut, Korea terpecah menjadi Utara dan Selatan, dan kerana perjanjian damai tidak pernah dibuat, maka Korea Utara dan Selatan tidak memiliki hubungan diplomatik.

Pernyataan Kim Jong-Un sebelumnya bahawa dia tidak berniat untuk berperang. Ancaman Korea Utara bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh, namun alangkah baiknya apabila semua bisa diselesaikan dengan jalan diplomatik atau jalan damai terlebih dahulu, tanpa adanya perang yang sebenarnya tidak diperlukan.

Tags: amerika syarikatantarabangsakorea selatankorea utarakorea utara nuklearkorea utara serangan nuklearperang nuklearpsyserangan nuklear korea
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.