Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Lahad Datu : Jenazah dua anggota tentera tiba di Pengkalan TUDM Subang

by Admin 3
March 13, 2013
27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

cxcx

Seorang anggota tentera maut setelah kenderaan tentera yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan hendak menghantar bekalan makanan ke kawasan Ops Daulat dari pekan Lahad Datu ke Cenderawasih pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, anggota tersebut yang berusia 35 tahun pada mulanya dilaporkan parah, bagaimanapun meninggal dunia ketika mendapat rawatan lanjut di sebuah hospital. Difahamkan kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi. Kenderaan yang dipandu oleh anggota tentera itu dipercayai hilang kawalan.

Foto - The Straits Times/Bloomberg

Jenis-Jenis Vaksin Yang Malaysia Guna, Beza Setiap Satu Dan Kesannya

March 8, 2021
Foto - DMARGE/Malay Mail

Aplikasi Sugar Baby Bersepah Di Malaysia, Penuntut Universiti Sasarannya?

February 16, 2021

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai identiti mangsa kerana mahu memberi peluang kepada Angkatan Tentera Malaysia menghubungi keluarga mangsa terlebih dahulu,” kata Datuk Hamza Taib.

Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini. Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

IKLAN

Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban di Kampung Tanjung Batu
Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban di Kampung Tanjung Batu semalam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.

Baca lanjut tentang seorang lagi anggota yang terkorban di Kg Tanjung Batu

Tags: [ Isu Semasa ] Lahad Datu : Jenazah dua anggota tentera tiba di Pengkalan TUDM Subanganggota terkorban lahad datucerobohfilipinainfo opsbungaisu lahaddatukerajaan sulukronologi pencerobohan lahad datulahad datulahaddatuMalaysiaops bungaopsbungapencerobohan lahad datuPrebet Ahmad Hurairah bin Ismailsabahsulu
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.