Bagi anda yang tidak tahu, pasukan bola sepak Malaysia sekarang berada di tangga ke 164 daripada 207 negara dalam senarai ranking bola sepak dunia FIFA/Coca-Cola. Ya, agak buruk kalau dibanding dengan ranking sebelum ini iaitu di tangga ke 158 pada bulan Januari 2013 lepas, tetapi jatuh lagi 6 anak tangga dan ini merupakan satu petanda yang kurang baik bagi skuad bolasepak negara.
Prestasi skuad Malaysia yang makin lama makin merosot ini dikatakan berpunca daripada badan induk yang membenarkan pemain import beraksi dalam Liga-M sehingga skuad bimbingannya ketandusan penyerang berbisa. Begitulah kata jurulatih negara Datuk K Rajagopal, setelah pasukan Malaysia tewas kepada Arab Saudi 4-1 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
IKLAN
Komen K Rajagobal :
“Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita.
“Kita kena buat sesuatu dan tahu situasi yang dihadapi sekarang. Kalau dibandingkan dengan Arab Saudi, mereka memiliki penyerang berbisa serta memiliki kemahiran yang baik.
Adakah benar kita ketandusan pemain berbakat? Ataupun jurulatih yang gagal memilih pemain terbaik di posisi penyerang. Alasan demi alasan yang diberikan tetapi tahap kecemerlangan pasukan bola sepak Malaysia tidak juga meningkat.