Hari Raya nanti mesti ingin kelihatan cantik berseri. Masalah cela di wajah boleh diatasi dengan penggunaan masker yogurt secara rutin. Yogurt bukan sahaja baik untuk melancarkan pencernaan dalam tubuh, tetapi juga memiliki peranan penting untuk merawat kulit wajah.
1. Lingkaran gelap di bawah mata
Masalah kurang tidur? Cuba atasinya dengan yogurt untuk mengatasi lingkaran gelap di bawah matamu. Cukup dengan hanya oles sedikit plain yogurt ke bawah mata sebelum masuk tidur. Biarkan sampai pagi dan bilas. Ulangi beberapa kali dalam seminggu dan lihat perubahannya.
2. Jerawat
Period datang jerawat. Untuk situasi ini, cukup campurkan lemon dengan yogurt, gaul sehingga jadi seperti losyen dan letakkan di kawasan kulit yang berjerawat. Kolaborasi yogurt yang mengandungi zink dan limau ini mampu meringankan keradangan yang disebabkan oleh jerawat.
3. Kulit kering
Kolaborasi yogurt, pisang, dan madu dipercayai untuk merawat jenis kulit yang cenderung kering. Lenyek halus satu buah pisang, kemudian tambah sedikit madu dan yogurt. Oleskan secara merata ke seluruh wajah dan biarkan selama kurang lebih 30 minit. Selepas, bilas dengan air sejuk. Lakukan secara rutin.
4. Kedutan di wajah
Campuran yogurt dengan minyak zaitun boleh mengurangkan kedutan di wajah. Ambil empat sudu makan yogurt dan campurkan dengan satu sudu makan minyak zaitun sampai merata. Sapukan merata ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Lakukan rutin tiga kali dalam seminggu untuk hasil yang lebih baik.
5. Sel-sel kulit mati
Yogurt yang bertekstur lembut ternyata juga boleh untuk mengeksfoliasi kulit. Ambil timun yang sudah diparut kasar dan masukkan ke satu mangkuk kecil yogurt, kacau rata, dan letak di wajah. Biarkan di muka selama 10-15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Yogurt di sini berperanan untuk mengetatkan kulit dan mengangkat sel-sel kulit mati. Selain itu, timun yang kamu gunakan mampu memberikan kesan sejuk untuk membantu mengetatkan liang.