Ke mana sahaja kita pergi, mesti ada di antara rakan anda ataupun anda sendiri yang bercakap mengenai resolusi mereka untuk 2014 – dan kebanyakan resolusi ini seolah-olah berkisarkan tentang makanan. Sama ada memotong jumlah pengambilan karbohidrat , makanan rendah lemak, perubahan pemakanan secara sihat adalah salah satu resolusi yang paling biasa kita dengar di luar sana. Mungkin mengejutkan , 1 Januari melihat pencarian Google yang lebih berkaitan dengan pemakanan. Menurut data baru dari firma penyelidikan Perkhidmatan Pemasaran Experian, diet Metabolism Miracle merupakan carian diet popular di Google pada 1 Januari 2014.
Jadi, apakah diet Metabolism Miracle ini? Ianya sama seperti diet Paleo dan diet lain yang popular seperti Atkins dan Dash, tiga langkah utama di dalam diet Metabolism Miracle adalah ia memberi tumpuan kepada protein tanpa lemak dan sayur-sayuran , memotong pengambilan gula dan karbohidrat dalam langkah satu dan dua. Tetapi di dalam diet ini tidak memerlukan anda untuk membuang terus pengambilan karbohidrat : Sedikit karbohidrat kompleks dibenarkan di dalam dua langkah pertama, manakala hidangan yang lebih besar boleh diambil dalam langkah tiga. Diet Metabolism Miracle dicipta pada tahun 2010
Menurut pengasas program ini , Diane Kress, sehingga 50 % daripada pengamal diet gagal untuk mencapai matlamat penurunan berat badan mereka kerana mereka mempunyai metabolisme yang berbeza daripada rakan-rakan mereka . Ia dipanggil “metabolisme B” , atau “metabolisma alternatif” adalah sifat genetik yang menjadikannya lebih sukar untuk mengatasi keinginan pengambilan karbohidrat dan menyebabkan ia bertukar menjadi lemak badan.
Tips Diet Metabolism Miracle
- Anda boleh makan sebanyak mana makanan yang anda suka tetapi anda harus ingat ia akan menggagalkan proses diet anda. Makan sarapan , makanan tengah hari dan makan malam yang sihat dan makan satu hidangan utama setiap lima jam sepanjang hari.
- Minum sekurang-kurangnya dua liter air bebas kafein sehari.
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit lima kali seminggu
Cadangan makanan untuk Metabolism Miracle
Sarapan
- Telur omelet putih dengan ham dan cheddar kurang lemak , dengan mentega dengan kualiti minimum.
- 150ml jus sayur-sayuran.
- Daging bakar tanpa lemak.
- Sepotong roti bakar rendah karbohidrat (pilihan sama ada mengandungi 5g atau kurang karbohidrat bersih).
- Enam lempeng mini dihidangkan dengan sedikit mentega kurangkan lemak dan jus lemon.
Makan tengah hari
- Salad tuna dengan mayonis atau salad segar dan tomato baji.
- Burger bakar/panggang dihidangkan dengan salad dengan dressing rendah lemak.
- Salad udang dengan mayonis.
- Satu keping roti rendah karbohidrat atau crispbread rye ( pilihan mesti mempunyai 5g atau karbohidrat kurang bersih)
Makan Malam
- Dada ayam panggang dengan kuah (yang dibuat daripada granul – 5g atau kurang karbohidrat bersih) dihidangkan dengan brokoli, sayur hijau, salad.
- Salmon panggang dihidangkan dengan lada panggang, bawang dan sayur rebus.
- Paprika ayam, kacang hijau dikukus , brownies/ muffin coklat (lihat di bawah ).
Jika anda sering lapar pada waktu malam, anda boleh makan senarai makanan sihat di dalam artikel ini :