Mungkin teman wanitanya terlalu cantik dan disebabkan itu lelaki ini cemburu buta melampau. Seorang lelaki terlalu cemburu sehingga meminta teman wanitanya tidak mandi selama beberapa hari bagi memastikan tiada sesiapa yang tertarik mahupun memikat teman wanitanya.
Remaja berusia 16 dari Segamat itu juga tidak dibenarkan menghias diri ketika berada di khalayak ramai. Sudahlah tidak boleh mandi, malah dia dilarang bersolek, memakai minyak wangi. Habis itu, biarkan si teman wanita busuk bau masam. Pelik betul!
Jika ingkar dengan permintaan itu, remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani akan dibelasah. Sepanjang setahun kami bercinta, sudah tiga kali saya dibelasah, tetapi kerana sayang dan dia sentiasa berjanji mahu berubah, saya teruskan juga hubungan. – VIA