Siapa yang tidak kenal dengan usahawan Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang juga merupakan penerbit filem 2 Alam, baru-baru ini Dr Rozmey mengeluarkan infaq yang besar iaitu lebih RM3 juta bagi membantu rakyat Islam di Syria. Melalui usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Malaysia Life Line for Syria, Dr Rozmey telah bersetuju untuk menyalurkan infaq perniagaan beliau kepada rakyat Syria.
Berikut adalah jumlah infaq Dr. Rozmey:
Dana Kecemasan musim sejuk (melalui MAPIM) : RM150,000
Dana kecemasan musim sejuk (melalui MLLFS) : RM10,000
Dana pembinaan sebuah hospital di Syria (melalui MAPIM) : RM3 juta
Dana pembiayaaan Maahad Tahfiz di Aleppo (melalui MLLFS) : RM20,000
Malah, menurut Dr Rozmey bantuan derma yang disalurkan ini merupakan amalan yang dituntut Allah SWT di samping membuatkan perniagaannya lebih berjaya sekaligus merealisasikan hasratnya untuk bergelar bilionair muslim menjelang akhir 2014. Jika anda ingin menyalurkan sumbangan, boleh ke Facebook rasmi Malaysia Life Line for Syria.