Menerusi laporan dan tinjauan KOSMO, banyak ibu bapa dan pelajar terkejut apabila mendapati harga makanan di beberapa buah kantin sekolah sudah naik harga berbanding tahun lalu. Ini baru hari pertama persekolahan, harga sudah sebegini. Ada aduan menyatakan terdapat pengusaha kantin menaikkan harga makanan daripada 0.50 sen sehingga RM1 untuk satu hidangan pelbagai jenis makanan.
Seorang ibu yang yang dikenali sebagai Nora berkata dia sendiri terkejut apabila anaknya yang bersekolah di Cheras mengadu terpaksa membayar lebih mahal untuk sepinggan nasi ayam pada waktu rehat sekolah pagi semalam. Bukan itu sahaja, wang perbelanjaan ke sekolah juga tidak cukup untuk membeli makanan di kantin sekolah. Anaknya memberitahu terpaksa membayar RM4.50 untuk sepinggan nasi ayam berbanding hanya RM3.50 pada tahun 2013. Harga sepinggan nasi ayam di kantin sebuah sekolah di Cheras dijual pada RM4.50.
Seorang lagi pengadu memberitahu tahun lalu nasi lemak telur dijual pada harga RM1.50 dan nasi lemak ayam dijual pada harga RM2 sepinggan tetapi pada hari pertama persekolahan, harga masing-masing sudah naik dijual pada harga RM2 dan RM2.50. Dia menjelaskan anaknya terpaksa membelanjakan kesemua wang saku hanya untuk makan di kantin sekolah.
“Harga makanan tersebut tidak munasabah untuk pelajar sekolah khususnya sekolah rendah, kami beri mereka wang saku dan kesemuanya habis hanya untuk membeli makanan di kantin sekolah,”tegas Zamani Noris dari George Town.
Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi masalah ialah harga sepinggan nasi ayam masih lagi sama cuma yang membezakannya ialah saiz ayam, jika ingin saiz yang besar maka harganya juga berbeza. Sepinggan nasi ayam RM1.50 – ikut saiz ayam.
Menurut Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia mengakui terdapat pengusaha kantin yang terpaksa menaikkan harga jualan makanan dan minuman mereka bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat. Perniagaan kantin sekolah semakin meningkat kerana sekarang harga barang mentah semakin mahal di pasaran dengan gaji pekerja juga semakin tinggi.
“Kadar gaji minimum pekerja sebanyak RM900 sebulan untuk Semenanjung dan RM800 sebulan untuk Sabah dan Sarawak sememangnya dilihat memberikan impak sebagai pengusaha kantin. Dan disebabkan itu, kami terpaksa membuat rayuan kepada pihak sekolah untuk menaikkan harga jualan, kebiasaannya pihak sekolah akan meneliti dahulu sebelum pertimbangkan rayuan,” jelasnya lagi.
INFO HARGA MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH
CHERAS, KUALA LUMPUR
Nasi Ayam 2013 -RM 3.50/2014 -RM4.50
GEORGETOWN, PULAU PINANG
Air Minuman 2013 -0.50 sen/2014 – RM1
Nasi Lemak Telur 2013 -RM1.50/2014 -RM2
Nasi Lemak Ayam 2013 -RM2.50/2014 -RM3
TUMPAT, KELANTAN
Air Minuman – 2013 -0.50sen/2014 -RM1
Nasi Lemak Telur – 2013 -RM1.50/2014 -RM2
Nasi Lemak Ayam – 2013 -RM3/2014 -RM2.5