Pernah lihat kuku berbentuk ‘half-moon’? Jika pernah, nampak cantik dan menawan bukan. Anda ingin rias kuku sedemikian tetapi tidak tahu prosesnya, jangan bimbang kerana kami kongsikan. Apa yang perlu ada ialah pewarna kuku (warna ikut anda), paper hole, berus, nail polish remover.
Langkah Membuat
Mula-mula bersihkan kuku anda terlebih, jangan ada sebarang kotoran. Keringkan kuku.
Ambil paper hole, letakkan seperti di dalam gambar.
Pastikan paper hole tidak terbang atau bergerak ketika anda mewarnakan kuku, kalau boleh tekan paper hole ketika anda sedang warnakan kuku – secara perlahan.
Bila sudah warnakan kuku, angkat paper hole.
Kuku yang cacat dibersihkan. Ambil berus dan letakkan sedikit nail polish remover – bersihkan. Tips: semasa nak bersihkan kuku, jangan biarkan kuku terlalu kering, tunggu dalam beberapa minit baru bersihkan tempat yang cacat.
Bila anda inginkan bersihkan kuku, anda boleh ikut tips ini [ Tip Cantik ] 3 Langkah Mudah Buang Cat Kuku ( Nail Polish ) Guna Deodoran Dan Minyak Wangi!