Menurut laporan akhbar Kosmo! dan DailyMail, bintang antarabangsa, Mariah Carey telah dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.
Mariah telah dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini. Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite. Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam.
Selain Mariah Carey, Putera Azim telah menjemput penyanyi veteran Diana Ross untuk membuat persembahan dan antara selebriti yang hadir di majlis peribadi itu termasuklah Jerry Hall , Sophia Loren dan Faye Dunaway.
Agak berbeza dengan bapanya iaitu Sultan Hassanal Bolkiah, yang pada sekitar Oktober tahun lepas telah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.Undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.