Sebuah kampung di utara Maghribi telah dikejutkan dengan kelahiran anak lembu berkepala dua yang dilahirkan pada 30 Disember lepas. Anak lembu berkenaan telah dinamakan Sana Saida, yang bermaksud ‘Selamat Tahun Baru’ dalam bahasa Arab. Sejak kelahirannya, ia telah menarik banyak perhatian penduduk yang ingin menyaksikan keajaiban tersebut malah berita itu juga telah tersebar luar sehinggakan pihak media datang membuat liputan. Anak lembu itu dikenali sebagai polycephalic, yang bermaksud mempunyai lebih daripada satu kepala. Anak lembu itu sepatutnya menjadi kembar, tetapi telur tidak dipisahkan dengan betul semasa proses pensenyawaan dan menyebabkan hal ini terjadi.