Siapa sangka makan makanan di restoran makanan segera rupa-rupanya tidak semestinya menyebabkan pertambahan berat badan?
Menurut laporan akhbar DailyMail, John Cisna, seorang guru biologi di sekolah tinggi dari Ankeny, Iowa, memberitahu bahawa dia mendokumenkan perubahan badannya sepanjang tiga bulan dan makan hanya di restoran McDonald’s serta melihatkan hasil perubahan berat badan yang mengejutkan. Cisna kehilangan berat badan 37 pound ( 16kg ) dan melihat penurunan kolesterol daripada 249 menjadi 170, meningkatkan kesihatan beliau dengan ketara. Selain itu juga, kandungan lipoprotein berketumpatan rendah, juga dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’, jatuh daripada 173 menjadi 113.
Dietnya merupakan satu eksperimen untuk menunjukkan bagaimana kita boleh makan apa sahaja selagi kita berpegang kepada had 2,000 kalori setiap hari dan kuantiti nutrien pemakanan yang disyorkan. Dia juga berjalan kaki selama 45 minit setiap hari semasa menjalankan eksperimennya dan secara tidak langsung membantu menurunkan berat badannya.
Pada pendapat penulis, jika kita makan apa pun tetapi bersenam setiap hari, rasanya ia tidak akan menyebabkan seseorang itu mengalami pertambahan berat badan mendadak.