Bintang muda yang selalu menimbulkan kontroversi iaitu Shia LaBeouf telah mencetuskan kebimbangan di kalangan rakan-rakan kerana berkelakuan pelik semasa penggambaran filem Perang Dunia Kedua yang bertajuk Fury. Shia tidak mandi selama berminggu-minggu serta mencabut sendiri giginya dengan alasan untuk menjiwai watak lakonannya untuk filem perang itu dan beliau telah menerima teguran dari pelakon Brad Pitt gara-gara terlalu busuk.
Bukan sahaja Brad Pitt yang tidak tahan dengan bau badannya, malah pelakon British Jason Isaacs juga pernah menegurnya. Menurut sumber terdekat, Shia cuba sedaya upaya untuk membuktikan bahawa dia merupakan bintang yang paling berdedikasi sepanjang penggambaran filem itu malah dia menarik keluar giginya sendiri dalam tempoh beberapa minggu pertama penggambaran supaya dia boleh merasa ‘hidup’ di medan pertempuran.